Follow:
Berpantang, Hamil, Tips

5 Barang Yang Perlu Dibawa Ke Labour Room

Assalamualaikum

Teringat waktu bersalinkan Luqman dahulu, nurse minta Ros sediakan 5 barang yang perlu dibawa ke labour room. Pesannya lagi, barang yang lain seperti handset, sila beri kepada suami siap-siap. Kalau nak bawa juga, hilang tanggung sendiri. Barang kemas pun sewaktu daftar masuk, Ros dah tanggalkan. Tapi Ros tunggu sampai kontraksi semakin kerap, baru Ros pass handset kepada suami.

 

Jangan risau macam mana nak call suami kalau handset takde kat tangan. Kalau suami tunggu di bilik menunggu, nurse akan panggil beliau selepas kita dah masuk labour room.

5 Barang Yang Perlu Dibawa Ke Labour Room

  • baju newborn (seluar tak payah)
  • sekeping pampers
  • lampin kain/bedung
  • receiving blanket
  • maternity pad dan seluar dalam pakai buang

Ros letak 5 barang ni dalam beg plastik kecil supaya senang nak bawa. Beg yang ada barang keperluan ibu dan bayi biarkan dahulu di dalam kereta. Selepas bersalin, bila dah dapat bilik, baru Ros minta suami bawa ke wad.

Nak bersalin ni, macam-macam perasaan timbul. Berdebar ada. Takut ada. Teruja pun ada. Jangan risau, insyaAllah dipermudahkan. Cuba tips cepatkan proses kelahiran supaya anda tak perlu berlama-lama dalam labour room nanti.

Ros nak share pengalaman Puan Khadeejah yang serik nak berpantang lagi selepas melahirkan anak pertama. Kenapa? Jom tonton video pendek ini.

 

Selamat menyusukan bayi anda kelak. Ingat! Bayi baru lahir tak perlukan air masak. Bahaya.. Hanya kerap susukan bayi anda.

Semoga anda dapat berpantang dengan baik. Tak seperti Puan Khadeejah awal-awal dahulu. Waktu Ros berpantang anak pertama pun, Ros sembelit teruk. Lain pula bila Ros berpantang anak kedua. Rasa lebih bertenaga, takde sembelit langsung. Anda boleh baca pengalaman Ros berpantang anak kedua. Harapnya anda tak melalui pengalaman berpantang yang perit.

 

Berminat dengan Set Berpantang Shaklee?

Ada 2 cara untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee.

Cara 1:

Anda boleh buat pembelian pantas secara online di website Shaklee. Terus klik button “PESAN SEKARANG” di bawah:

Masukkan details yang diperlukan seperti nama, alamat, email dan mobile telefon anda. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit.

Selepas itu, tunggu sahaja Shaklee hantarkan order anda.

Untuk cara makan Set Berpantang yang betul, anda perlu whatsapp Ros di www.wasap.my/60193673245.

 

Cara 2:

Anda boleh minta Ros uruskan pembelian Set Berpantang anda. Klik sini untuk whatsapp Ros >> www.wasap.my/60193673245/OrderSetBerpantang.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

7 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Terima kasih berkongsi kak ros. Boleh dijadikan panduan bila nak lahirkan ank ke-3 nanti..hihi
    Ibu Zarith recently posted… 6 Tips Bagaimana Melatih Anak Kemas Permainan Selepas BermainMy Profile

    15 May 2015 at 1:36 am
    • Reply Ros

      sama-sama zarith. Dah ada isi ke?

      15 May 2015 at 10:13 am
  • Reply syuhada amir

    teringat masa bersalinkan syifa’ dulu…baju satu pun tak bawak…last2 anak balut dengan kain hospital je sampailah abinya datang bawak beg hospital…hahaha

    serik dah lps tu…masa basyiirah dah siap bawak semua… 🙂
    syuhada amir recently posted… Wahai Suami, Fahamilah Kemahuan Si Isteri 🙂My Profile

    11 September 2015 at 10:51 am
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Betul tu… Semua list yang sis tulis adalah benda basic yang perlu ada. Jika ada masa lagi, kita bawat semua…

    Sue first baby dulu… Ubat gigi hamil pun bawat

    Hihi
    Wan Nur Suzilla recently posted… Cara Jaga Bayi Baru LahirMy Profile

    6 December 2015 at 9:05 pm
  • Reply Hidayah

    Nape bju je….sua nape xyh kak?

    26 December 2015 at 3:13 pm
  • Reply Enny

    Sarung tangan & kaki tak payah bawa ke lr ke sis?

    26 December 2016 at 11:56 pm
    • Reply Ros

      masa saya bersalin dulu, nurse kata tak perlu bawa masuk dalam lr.

      27 December 2016 at 7:52 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge