Follow:
Aktiviti 6-12 bulan, Anak-anak

5 Aktiviti Percuma Rangsang Perkembangan Bayi 8 Bulan

Assalamualaikum

Maryam dah masuk 8 bulan sekarang. Alhamdulillah. Jom tengok perkembangan bayi 8 bulan. Perkembangan setiap bayi mungkin lain daripada bayi yang lain. Jangan risau kalau ada antara perkara berikut, bayi anda belum pandai lagi. Luqman dahulu agak lambat kalau nak dibandingkan dengan Maryam.

Perkembangan Maryam Ketika 8 Bulan

– meniarap

– mula nak memanjat

– boleh berdiri dengan tangan di sofa

– mengeluarkan bunyi

– memegang objek

– suka memasukkan benda ke dalam mulut

– gelak bila diagah

– selalu cari Ummi

 5 Aktiviti Percuma Yang Selalu Ros Buat Di Rumah Bersama Maryam

1. Main Babacak

Yang ni macam-macam versi Ros main dengan Maryam. Selain tangan, kadang-kadang Ros ambil bantal lindung muka Ros. Lepas tu, alihkan dan tunjuk muka kat Maryam. Kadang-kadang tu Ros guna sapu tangan tutup muka Ros dan tunggu Maryam tarik. Maryam mesti akan tarik cepat-cepat supaya nampak muka Ummi dia. Gelak lah dia bila nampak muka Ummi. Lepas itu, Ros akan buat kat Maryam pula.

Aktiviti ni bila-bila je boleh buat. Gunakan apa sahaja di sekitar anda untuk lindung muka anda. Tukar giliran supaya bayi anda pun ada peluang bermain sama.

 

2. Baca buku

Waktu Luqman kecik-kecik dulu, banyak juga buku Ros beli. Sekarang boleh guna untuk Maryam. Ros sempat baca satu atau 2 muka surat je. Umur macam Maryam ini lagi minat nak makan buku tu. Selalu je ambil buku tu masukkan dalam mulut. Kadang-kadang tu, buku Ummi lagi Maryam minat daripada buku kanak-kanak.

Kalau takde buku kanak-kanak, takpe. Anda boleh tunjuk gambar yang berwarna-warni di majalah atau surat khabar.

 

3. Bersembang

Maryam suka betul tengok muka orang sedang bercakap. Selalu dia akan perati mimik muka Ros. Sambil sembang, Ros akan buat mimik muka pelik-pelik tengok yang mana boleh buat Maryam gelak atau tersenyum.

Anda boleh sembang mengenai apa sahaja dengan bayi anda. Pasal aktivitinya di taska, dia buat apa hari ni, siapa kawannya. Apa sahaja. 🙂

 

4. Geletek

Yang ni Ros geletek sikit-sikit je. Takdelah sampai Maryam gelak tak cukup nak bernafas. Antara tempat yang Maryam geli adalah perut, tapak kaki dan ketiak.

Anda boleh baringkan bayi di atas katil atau di tempat yang selesa. Cari bahagian badan yang dia geli.

 

5. Menari dan Menyanyi

Walaupun Ros tak reti menyanyi dan suara tak sesedap husband Ros, Ros menyanyi je dengan Maryam. Sambil dukung Maryam, Ros pusingkan badan ala-ala menari. Maryam enjoy je kalau Ros buat macam ni. Kalau tengah menangis, Maryam berhenti menangis dan senyum.

Anda boleh pasang youtube dan menyanyi bersama. Pilih nursery ryhme apa-apa je dahulu. Bila dah jumpa lagu kegemaran bayi nanti, ulang nyanyi lagu itu.

 

Sekarang ini, Ros cuba rutin di bawah dengan Maryam.

  • baca buku/ bersembang
  • tummy time
  • menyanyi/ menari
  • main babacak/ geletek
  • treasure basket

Setiap aktiviti Ros akan habiskan dalam 5-10 minit je kerana daya tumpuan Maryam masih rendah. Kadang-kadang tu tak sempat buat semua pun. Takpe. Asalkan Maryam ada masa berkualiti dengan Ros selain masa menyusu. 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Farah

    Bismillah,

    bestnya baca kualiti time ros ngan maryam
    Farah recently posted… Rawatan Sonotron Menggunakan Teknologi Tanpa SentuhMy Profile

    24 July 2015 at 5:19 pm
    • Reply Ros

      Ros cuba ada masa berkualiti dengan Maryam setiap hari. Ye lah. Ibu bekerja.. Masa bersama anak-anak waktu malam je.

      25 July 2015 at 11:23 am
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Umur 6 bulan hingga setahun mmg best kalau main dengan baby. Sebabnya diorang dah mula paham apa yang kita cakap

    Yang penting gelak ketawa diaorg mmg sweat

    Miss my time
    Wan Nur Suzilla recently posted… Makna D&C Dalam Kehamilan?My Profile

    22 December 2015 at 8:24 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge