Follow:
Hamil, Tips

4 Tanda-Tanda Bersalin Yang Mesti Ibu Hamil Tahu

Assalamualaikum

Ibu yang sedang menghitung hari nak bersalin mesti tahu 4 tanda-tanda nak bersalin ni. Kalau lambat sedar, takut terberanak di dalam kereta on day way ke hospital macam yang berlaku kepada isteri boss Ros.

Ros bersalin anak pertama, Luqman selepas di induce kerana air ketuban sudah berkurangan. Waktu ni, Ros hanya ingat Ros rasa kontraksi yang semakin kerap. Itu pun selepas di induce kali ketiga.

Sewaktu mengandungkan Maryam, Ros berharap sangat dapat rasa tanda-tanda bersalin lain dan bersalin tanpa di induce. Alhamdulillah dimakbulkan.

4 Tanda-Tanda Bersalin Yang Mesti Ibu Hamil Tahu

1. keluar lendir pekat bercampur darah

Ros bersalin Maryam hari Isnin. Hari ahad tu, sebelum keluar bawa Luqman jalan-jalan Ros perasan ada lendir bercampur darah berwarna coklat. Lendir tu sikit sangat. So Ros abaikan.

 

2. sakit di bahagian pinggang

Esoknya, ketika bersiap-siap nak ke pejabat, Ros rasa sakit pinggang. Sekejap ada sekejap tak ada. Ishh.. konfius pula sebab time bersalin Luqman dulu tak rasa macam ni pun. Sakit pinggang ni kan normal bila masuk trimester ketiga.

Ros beritahu husband, takpe lah. Ros pergi pejabat je hari ni. Bawah pejabat Ros tu ada klinik. Doktor perempuan. Boleh suruh dia check kalau ada apa-apa,

Bila dah siap nak keluar rumah, Ros rasa sakit pinggang tu semakin kuat. Ros beritahu balik husband, Ros nak pergi hospital lah nak check.

 

3. kontraksi yang semakin kerap

Sementara menunggu doktor datang check, Ros dapat rasa kontraksi setiap sejam. Kontraksi berlaku selama 15- 30 saat setiap kali. Adik-adik pelatih yang memantau carta cardio-tocograph ( CTG ) pun ada tanya Ros, “Akak dah rasa kontraksi kan?”. So betul lah ye sakit kontraksi macam tu, bukan Braxton Hicks.

Bila doktor check, sudah 4 cm bukaan serviks. Nasib baik datang check up cepat. Kalau tak, mungkin terbersalin kat pejabat, kan.

 

4. pecah air ketuban

Yang ni, bila dah masuk labor room, baru doktor pecahkan. Ada juga ibu yang Ros jumpa, air ketuban mereka pecah dahulu, baru mereka rasa tanda-tanda bersalin yang lain. Tanda-tanda bersalin yang akan ibu hamil rasa tak semesti ikut turutan macam yang berlaku kepada Ros. Mungkin anda rasa kontraksi dulu baru keluar lendir pekat bercampur darah.

Bila dah rasa tanda-tanda bersalin ni, boleh cuba cepatkan proses kelahiran supaya anda tak perlu berlama-lama di labor room. Kalau terlalu lama, mungkin terpaksa czer atau vaccum kalau ibu dah penat dan takde tenaga untuk push lagi.

Semasa berpantang jaga pemakanan anda untuk kembali pulih dengan cepat. Suami anda boleh tolong sediakan menu berpantang jika anda berpantang sendiri di rumah. Ros amalkan Set Bersalin Shaklee yang membantu luka Ros cepat sembuh. Tiada lagi trauma nak ke tandas kerana tiada langsung masalah sembelit ketika berpantang anak kedua.

Puan Khadeejah sampai serik nak mengandung kerana masalah sembelit yang teruk semasa berpantang.

Hubungi Ros di 019- 367 3245 untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee dan merasai pengalaman berpantang tanpa sembelit dan luka pulih dengan cepat macam Ros dan Puan Khadeejah.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Setiap anak tanda lain-lain kan kak ros.. Kena aware sentiasa. Bagus tips ni
    Ibu Zarith recently posted… 8 Mitos Penyusuan Susu Ibu Yang Famous Tapi Tak BenarMy Profile

    13 April 2015 at 11:35 am
    • Reply Ros

      Aah. Bila dah ada tanda tu, baik pergi hospital check terus.

      16 April 2015 at 7:29 am
  • Reply [Infografik] Senarai Barang Untuk Dibawa Ke Hospital Sebelum Bersalin | Coretan Ros Ahmad

    […] up, nurse dan doktor akan nasihatkan supaya sediakan beg ke hospital awal-awal supaya bila dah ada tanda-tanda bersalin boleh terus ke […]

    13 May 2015 at 8:59 am
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Simple tips tapi yang ini kena tahu. Prepare semua brg dari awal dan call awal siapa yang berkenaan.

    Nice info
    Wan Nur Suzilla recently posted… Payudara Bengkak SebelahMy Profile

    11 December 2015 at 7:44 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge