Follow:
Bisnes

3 Tips Uruskan Akaun Bisnes Untuk Peniaga Online

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang ada buat bisnes samada secara online atau offline. Part-time atau full-time.

 

Yang offline, mesti anda ada buat rekod jualan harian kan. Bagi peniaga online, lebih-lebih lagi yang buat part-time macam Ros ni, kadang-kadang kita fikir remeh untuk uruskan akaun bisnes kita.

 

Sebenarnya kan, pengurusan kewangan bisnes kena bermula dari sekarang. Kalau bisnes part-time sekarang pun kita tak pandai uruskan, bagaimana nak uruskan perniagaan bila makin berkembang kelak.

 

 

Jom tengok tips uruskan akaun bisnes yang Ros nak kongsikan.

 

1. Buat aliran tunai

Budak akaun mesti mahir bab ni. Bagi yang takde asas akaun, kita buat ala-ala penyata bank tu. Ada kolum duit masuk dan duit keluar.

Setiap kali customer bayar harga produk kita, catat jumlah yang masuk tu. Catatkan juga keuntungan kita hasil jualan tersebut.

Bila kita keluarkan duit untuk beli stok barang kita, catatkan jumlah yang keluar tu. Antara kos-kos lain yang boleh dicatatkan adalah kos penghantaran, kos marketing seperti beli flyer dan beli gifts jika ada.

Bila kita buat aliran tunai ni, barulah nampak pergerakan duit dalam bisnes kita. Barulah kita tahu kita untung atau rugi dalam bisnes yang kita usahakan tu. 🙂

 

2. Asingkan duit bisnes dengan duit peribadi

Kalau boleh, gunakan akaun yang berasingan untuk kedua-dua ni agar tak terguna duit bisnes. Bila kita tak asingkan duit, besar kemungkinan kita guna duit bisnes kita untuk berbelanja kerana kita fikir kita ada duit lebih.

 

Penting untuk kita asingkan juga duit hasil jualan kepada duit modal dan untung runcit. Untung runcit anda boleh ambil untuk keperluan anda atau masukkan dalam 6 tabung. Duit modal pula penting untuk kita buat beli stok.

 

Ros juga ada 2 purse untuk duit peribadi dan duit bisnes. Contohnya, kalau COD barang dan dapat cash, duit ini akan masuk purse bisnes.

 

3. Buat analisis setiap hujung bulan

Berdasarkan aliran tunai yang anda buat dari awal bulan lagi, anda boleh nampak berapa keuntungan yang anda dapat bulan tu. Untuk bulan seterusnya, anda dah boleh letak target keuntungan yang anda nak capai. Pastinya lebih tinggi daripada bulan sebelum ni kan.

 

Anda juga boleh rancang bagaimana nak kembangkan lagi bisnes anda dalam tempoh 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya.

 

Ros suka dengan apa yang Ros usahakan sekarang. Boleh baca di sini >> Kenapa Ros suka Bisnes Ni << 🙂

 

Bermula tahun 2017 ni, jom uruskan bisnes kita dengan lebih tersusun. Kalau rakan-rakan bisnes ada tips lain, bolehlah kongsikan di ruang komen.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Oh terima kasih sharing kak ros. Semoga bisnes makin berkembang
    Ibu Zarith recently posted… 11 Makanan Supaya Cepat Hamil Yang Sangat Mudah DiamalkanMy Profile

    10 January 2017 at 2:34 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge