Follow:
Kekeluargaan, Motivasi

3 Tips Pengurusan Masa Untuk Ibu Tak Kira Surirumah Atau Bekerjaya

Assalamualaikum

Ibu-ibu selalu tiada masa yang cukup untuk uruskan aktiviti seharian. Memasak, melipat baju, melayan anak-anak dan suami dan bermacam-macam lagi. Hobi yang dahulunya sebelum kahwin selalu buat, dah tiada masa nak buat lagi.

 

Jom tengok video ini tentang cara nak menghadapi kehidupan yang sibuk dan padat di zaman sekarang. Lepas buat tips yang dikongsikan, anda akan dapat masa untuk buat hobi yang telah lama anda tinggalkan. 🙂

Apa yang Ros boleh simpulkan daripada video di atas…

3 Tips Pengurusan Masa Untuk Ibu

1. SENARAI perkara yang mesti dibuat

Buat senarai perkara yang MESTI dibuat. Senarai ini kita tulis pada malam hari sebelum tidur dan tampal di tempat yang kita boleh nampak. Bila kita buat senarai ini, kita nampak goal jangka pendek yang ingin kita capai pada esok hari.

 

2. MESTI buat apa yang ada dalam senarai tu

Keesokkan harinya, buat apa yang kita dah senaraikan. Perkara yang tiada dalam senarai jangan buat lagi. Melainkan kalau kita dah siap buat semua perkara yang kita senaraikan. Bila kita buat perkara yang tiada dalam senarai, kita umpama mungkir janji dan tidak komited dengan diri sendiri.

 

3. DISIPLIN untuk konsisten buat No. 1 dan No. 2

Kita hendaklah berdisiplin untuk buat apa yang kita dah senaraikan dan sebelum tidur semua perkara mesti sudah diselesaikan. Bila dah konsisten, kita akan rasa pengurusan masa kita lebih baik. Jika sukar untuk berdisiplin, dapatkan kawan yang boleh mendorong kita. Yang sama-sama punya misi macam kita- Ingin ada banyak masa untuk keluarga dan juga ada masa untuk buat hobi kita.

 

Semoga bermanfaat.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Betul kak Ros, susah kita nak uruskan masa ni, terutama bila anak-anak tak sihat. Habis lari semua plan kita huhu
    Ibu Zarith recently posted… 10 Ikan, Sayur Dan Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Semasa BerpantangMy Profile

    24 April 2015 at 3:51 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge