Follow:
Bisnes

3 Sebab Peniaga Online Kena Ada Blog

Assalamualaikum

Hari sabtu merupakan hari yang Ros akan manfaatkan dengan menghadiri apa-apa kelas yang dianjurkan oleh mentor-mentor bisnes Ros. So, hari ini Ros berpeluang menuntut ilmu blogging di HQ Shaklee yang dianjurkan oleh upline Ros, kak Lin Chalo.

 

Ilmu mengenai asas pemasaran melalui blog dicurahkan oleh Tuan Eizil, empunya blog, eizil.com yang dah 12 tahun berkecimpung dalam bidang ni.

 

blogger-tua-eizil

 

Kalau anda pun peniaga online, anda patut ada blog untuk kekalkan bisnes anda.

 

Kenapa peniaga online perlu ada blog?

 

1. Blog boleh diwarisi

Maksudnya walaupun anda dah tiada nanti, anak-anak anda, cucu-cucu anda boleh ambil alih blog anda.

 

2. Tulis artikel sekali, Sales berkali-kali

Kalau artikel yang anda tulis memberi manfaat kepada orang lain, orang pasti akan hubungi anda untuk mendapatkan produk anda.

 

3. Prospek lebih luas

Kalau di Facebook, orang yang nampak iklan atau posting anda mungkin ‘berminat’ dengan apa yang anda tulis. Tapi belum terdesak nak dapatkan produk anda.

 

Tapi kalau anda tulis artikel di blog, orang yang jumpa blog anda memang orang yang dah tersedia duit di tangan. Kebarangkalian Sales berlaku sangat tinggi kerana mereka memang mencari produk untuk selesaikan masalah mereka.

 

Jadi, sesiapa yang berniaga online, dia perlu buat blog dari sekarang sebagai pelaburan jangka masa panjang.

 

gambar-berkumpulan-kelas-blogger

 

Anda boleh hubungi Tuan Eizil jika anda ingin belajar mengenai asas penulisan dan pemasaran blog.

 

Jom berbisnes online.

 

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Best kan kelas asas blog haritu =)

    14 October 2016 at 8:35 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge