Follow:
Ragam Anak, Tips Keibubapaan

3 Cara Elak Anak 3-5 Tahun Meragam

Assalamualaikum

Bila anak dah masuk 3 tahun, tahap kesabaran ibubapa kerap kali diuji. Pada peringkat umur ini, anak selalu nak menang dan selalu nak dapat apa yang mereka minta. Kalau tak, mula lah mereka meragam. Sebagai ibubapa, kadang-kadang kita buntu tak tahu nak buat apa. Akhirnya, kita tinggikan suara dengan harapan anak berhenti meragam. Lagi teruk sampai tangan pun ‘naik’. Sebelum perkara ini berlaku, ketahui 3 cara elak anak 3-5 tahun meragam.

 

Jom tengok 3 cara elak anak 3-5 tahun meragam:

1. peka kepada tanda-tanda awal anak nak meragam

Kebiasaannya Luqman mula menunjukkan tanda-tanda nak meragam, bila mengantuk, lapar dan penat.

So kalau kami sekeluarga ingin keluar jalan-jalan ke atau beli barang, kami akan keluar awal-awal dan pulang sebelum Luqman mengantuk. Kalau tak, tunggu sampai Luqman nap dulu baru keluar.

Kalau anak anda meragam bila lapar, pastikan anda selalu bawa snek jika keluar rumah.

Elakkan tunggu sampai mereka dah mula meragam. Masa tu sudah terlambat. Anak dah tak dengar apa yang kita katakan walaupun kita cuba memenangkan mereka.

 

2. biarkan anak main dengan apa yang mereka nak

Biasanya bila Ros tengah basuh pinggan di sinki, Luqman akan minta span sekali. Kalau tak bagi, Luqman akan minta berkali-kali.

Bila macam ni, Ros akan cakap pada Luqman.. Tunggu Ummi habiskan basuh botol susu adik Maryam dulu. Lepas tu, Luqman boleh tolong Ummi basuh cawan ni, okay?

Bila Ros dah habis basuh, Ros akan bagi span tu kepada Luqman. Biarkan dia main. Bila tengok dia kusyuk bermain, rasa seronok pulak.

Elakkan mungkir janji tau. Nanti anak rasa dia pun boleh mungkir janji walaupun sebelum tu dia dah janji nak main sekejap je.

Daripada apa yang Ros baca, bila anak memilih apa yang mereka nak buat, contohnya nak membasuh pinggan, mereka bukan nak membasuh sangat pun. Mereka hanya anggap itu sebagai bermain.

Tapi main-main macam tu je pun akan membuatkan otak mereka berkembang pesat. Orang putih cakap, free play. Dalam free play, mereka akan berikan cabaran yang bersesuaian dengan diri mereka- tak terlalu susah dan tak terlalu senang.

 

3. selalu fokus pada perkara/perilaku positif

Bila anak buat sesuatu yang positif, reward mereka. Anda boleh beri pujian atau berikan pelukan kepada mereka.

Sebagai contoh, bila Luqman tolong ambilkan tuala Maryam bila Ros minta, Ros akan cakap.. Ummi sukalah Luqman tolong Ummi ambilkan tuala Maryam.

Lepas cakap macam tu, Luqman akan tersenyum bangga, sengih sampai ke telinga. Bila kita selalu puji anak, mereka akan suka tolong dan buat lagi.

Elakkan fokus kepada perkara negatif yang anda tidak mahu anak buat. Bila kita cakap.. jangan buat… jangan baling.. perasan tak, anak lagi lah nak buat benda tu.

Bila Ros selalu puji Luqman, memang Luqman kurang dah meragam. Tak pernah lagi Luqman meragam ketika keluar di shopping complex. Even boleh je masuk kedai mainan tanpa perlu beli apa-apa. Senang nak ajak Luqman keluar kedai.

Kalau di rumah tu biasa lah kalau dah mengantuk sangat. Nak suruh Ummi belajar kawal kemarahan Ummi lah tu. 🙂 Alhamdulillah. Senang nak jaga Luqman. Semoga menjadi anak yang soleh.

Semoga bermanfaat untuk ibubapa yang lain. Anak adalah anugerah. Hargai mereka. 🙂

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply farzli

    xda anak lagi ni.. huhu

    21 April 2015 at 1:57 pm
    • Reply Ros

      ingat tips ni bila dah ada anak nanti. 🙂

      22 April 2015 at 7:05 am
  • Reply yatie

    Anak saya yang sulung berusia 5tahun dan selalu jugak meragam…Kadang2 buntu fikirkan cara supaya saya tak marah dia! pasni kena cuba 3 cara yang sis suggest nie…
    yatie recently posted… Suplemen Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas Dan Bertenaga!My Profile

    22 April 2015 at 12:35 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge