Follow:
Penyusuan, Tips

3 Bahaya Air Kosong Kepada Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum

Pernah tak anda disuruh beri air kosong kepada bayi anda? Ros pernah disuruh seorang kenalan yang melawat Ros semasa bersalinkan Luqman dahulu. Tapi Ros bertegas, susu cukup untuk Luqman. Padahal waktu tu, susu keluar sikit sangat. Sebagai ibu, Ros risau Luqman lapar. Tapi Ros menyusukan Luqman juga untuk merangsang pengeluaran susu.

 

Ikut tips Puan Farah yang dikongsikan di dalam video ini untuk mengelakkan anda terpaksa memberi air kosong kepada bayi anda.

 

Di dalam wad yang sama, Ros nampak ada juga nenek ni bagi air kosong kepada cucunya yang baru lahir. Orang tua-tua cakap, takpe. Sikit je. Ni nak bilas tekak bayi. Tahu tak anda air kosong boleh menghakis lapisan pelindung di dalam perut bayi? Bukan tu je. Ada lagi bahaya air kosong kepada bayi baru lahir.

Bahaya Air Kosong

 Bahaya Air Kosong Kepada Bayi Baru Lahir

1. merencatkan tumbesaran

Tahukah anda semasa lahir saiz perut bayi hanya sebesar buah ceri. Bila diberi air kosong, terus penuh perut bayi dengan air. Bayi enggan menyusu lagi. Sepatutnya, bayi mendapat khasiat dari kolostrum yang sedikit tapi pekat itu. Bila bayi tidak mendapat nutrisi yang cukup, tumbesaran bayi boleh terbantut.

 

2.merencatkan akal

Jika air kosong diberi kepada bayi yang ada jaundis, ia boleh merencatkan akal. Ia boleh meningkatkan bilirubin di dalam darah. Bayi juga menjadi bertambah tidak bermaya dan mengantuk.

 

3. sindrom ‘Oral Water Intoxication’

Air yang banyak boleh mencairkan garam di dalam darah dan menyebabkan suhu menjadi rendah. Seterusnya ia membawa ke sindrom ‘Oral Water Intoxication’ atau sawan tarik.

 

Pernah Ros terbaca satu kes, seorang ibu membancuh susu formula bayinya lebih cair dari sukatan yang disaran. Bayi tersebut ada menunjukkan tanda-tanda tidak aktif, lemah dan tidak bermaya. Akhirnya koma selepas kena sawan tarik.

Tahukah anda, susu ibu terdiri daripada 88% air? Oleh sebab itu, bayi tidak perlu diberi air kosong. Hanya kerapkan penyusuan susu ibu.

Jika anda ada masalah penyusuan seperti Puan Farah, ambil Set Penyusuan Premium dengan konsisten. Hubungi Ros di 019-367 3245 cepat-cepat untuk atasi masalah susu tak cukup. Ros akan bagi jadual pengambilan supplement yang ekslusif untuk pelanggan Ros. InsyaAllah susu banyak sampai tak muat freezer. Ingat ibu-ibu.. Tunaikan hak bayi anda untuk mendapatkan khasiat yang terbaik daripada susu ibu. Mesti anda sayang anak anda kan..

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply 5 Barang Yang Perlu Dibawa Ke Labour Room | Coretan Ros Ahmad

    […] baik. Tak seperti Puan Khadeejah awal-awal dahulu. Selamat menyusukan bayi anda kelak. Ingat! Bayi baru lahir tak perlukan air masak. Bahaya.. Hanya kerap susukan bayi […]

    26 May 2015 at 7:08 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge